top of page

OVERVIEW PROGRAM

​

PROGRAM JOM KERJA adalah inisiatif baru kerajaan negeri Selangor dalam mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor di samping meningkatkan tahap kualiti modal insan rakyat negeri Selangor.

​

Melalui program ini , para peserta di wajibkan menghadiri kursus pra-pekerjaan menggunakan ''Modul Khas'' kami yang di kuasakan oleh S.P.I.E.S – Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, dan Social selama tiga hari dua malam yang akan menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti yang diingini setiap majikan.





OBJEKTIF

​



Kepada Masyarakat :

​

1) Mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat di Selangor.

2) Meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri Selangor.

​

Kepada Peserta:



1) Mempersiapkan diri peserta untuk memasuki alam pekerjaan.  

2) Inisiatif serius untuk membantu masyarakat khususnya golongan belia untuk mencari peluang pekerjaan.
3) Menerapkan nilai-nilai yang murni dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti melalui modul pembangunan insan     secara terancang.



Kepada Majikan​:



1) Membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran.
2) Membantu majikan mengurangkan kos mencari tenaga kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran.



​

KUMPULAN SASARAN



1) Semua ahli masyarakat Selangor yang mencari pekerjaan khususnya golongan belia yang tidak bekerja.

2) Semua majikan yang mencari pekerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran



​

YURAN



Peserta    :       PERCUMA !

​

Majikan   :       PERCUMA !





BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM JOM KERJA?





1) Semua calon yang ingin menyertai Program Jom Kerja perlu membuat pra-pendaftaran melalui (sms/ on-line/email) kepada pihak urusetia Program Jom Kerja. Kaedah untuk sms ialah SMS<nama><tarikh program>ke 013-346 4009 (Hanee)



2) Semua calon yang telah membuat pra-pendaftaran akan dimaklumkan semula mengenai tarikh dan tempat program.



3) Semua calon yang telah mendaftar akan menghadiri Program Jom Kerja selama 3 hari 2 malam pada tarikh dan tempat yang telah dimaklumkan.



4) Semua calon yang telah berjaya menamatkan kursus, butiran calon akan di proses.



5) Calon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga terus dengan majikan yang berminat untuk mengambil calon sebagai pekerja.



​

​

​

​













































































​

​ 

KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI SEBAGAI PARTICIPATING COMPANY



1) Pihak majikan tidak perlu untuk mengiklankan jawatan kosong melalui mana-mana laman sesawang ataupun iklaneka akhbar.Kos pengiklanan yang tinggi bukanlah jaminan kepada majikan untuk mendapat tenaga kerja yang sesuai. Melalui Program Jom Kerja, dapat menjimatkan kos kewangan selain berpotensi untuk mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran.



2) Pihak majikan dapat menjimatkan kos yang tinggi untuk melantik kepakaran luar. Kami mempunyai pakar-pakar yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Sumber Manusia.



3) Tiada sebarang yuran akan dikenakan kepada participating company.

​







MENGENAI JOM KERJA

bottom of page